Bakau putih

Pokok Bakau Putih atau juga dikenali sebagai pokok Berus[1], ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Rhizophoraceae yang terdapat dari Asia Tenggara sehingga ke Australia. Nama botaninya Bruguiera cylindrica.[2]Pokok Bakau Putih boleh tumbuh dalam tanah yang tidak sesuai untuk spesies-spesies pokok bakau yang lain. Kayu pokoknya boleh digunakan sebagai kayu api atau kayu binaan. Radikel-radikel (struktur yang kelihatan seakan-akan akar kecil) muda boleh dimakan sebagai sayur atau diawet selepas mendidih. Pokok Bakau Putih mungkin merupakan pokok bakau yang paling banyak terdapat di Singapura.